TERBARU: Ya ALLAH...Stacy KANTOI, Masih Mengamalkan Ajaran Kristian Walaupun Sudah Memeluk Islam, Lihat Apa Yang Dia Lakukan Amat Mengejutkan Ramai.




Pemahaman agama setiap manusia adalah berbeza dan perkara ini dilihat memerlukan penjelasan ahli agama yang lebih arif. Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaik Stacy AF di Instagram, perkara tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Apa yang dikesalkan, ramai juga yang lebih suka bertindak menjadi Tuhan dalam meletakkan dosa dan pahala individu lain sedangkan segala perkara ada penjelasan dan ruang untuk pertanyaan.
Malah melalui beberapa komen di laman sosial tersebut turut menerangkan bahawa apa yang dilakukan Stacy adalah bagi menghormati keluarganya yang beragama Kristian malah perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan penduduk di Sabah.
Apa pun, Stacy pastinya mempunyai penjelasannya sendiri dalam perkara ini. Kesal sungguh melihat ‘tuhan-tuhan’ di laman sosial membahaskan kredibiliti iman manusia lain. Di laman sosial bolehlah bersembang kencang, dalam kehidupan realiti, entah-entah tunggang langgang. Heh.