Video: Gadis Ini Cuci Rambut Guna Coca Cola Dan Hasilnya… Yg Sangat Mengejutkan Ramai

UNIK… Seorang model antarabangsa, Suki Waterhouse telah berkongsi cara bagaimana dia memastikan kecantikan rambutnya dengan hanya menggunakan air minuman Coca Cola.


Menerusi satu temubual bersama US Weekly, wanita berusia 24 tahun itu mengakui bahawa rahsia rambutnya kekal cantik dan sihat segar adalah mencucinya dengan minuman bergas tersebut.

Suki memberitahu bahawa jika dia mencuci rambutnya dengan syampu biasa, rambutnya akan kelihatan seperti ‘terpenyek’ tetapi jika menggunakan Coca Cola rambutnya akan kelihatan lebih sempurna serta lebih cantik.
Menerusi sebuah video berdurasi 5 minit 28 saat yang dihasilkan oleh seorang blogger kecantikan di laman Youtube bernama Ellko, dia dilihat cuma menggunakan minuman Coca Cola untuk mencuci rambutnya.
Menariknya, seperti yang diberitahu oleh Suki sendiri, video tersebut telah pun ditonton lebih daripada 20 juta kali dan mendapat lebih daripada 20 ribu ‘likes‘.
Jom tengok hasil yang terjadi selepas Ellko mencuci rambutnya dengan Coca Cola…

Sumber