SEKITAR ANUGERAH MELETOP ERA 2015







Anugerah Meletop ERA 2015 (AME2015) sudahpun selamat berlangsung pada malam Ahad lepas. Boleh dikatakan pada edisi kali ini, AME2015 berlangsung dengan lebih mantap dari edisi sebelumnya.

10 perkara yang pelik tapi benar di sekitar Anugerah Meletop ERA 2015 – Namun begitu, pada majlis berkenaan didapati ada beberapa perkara pelik tapi benar yang berlaku di pentas AME 2015. Rasanya ramai yang perasan dengan apa yang berlaku.

Antaranya adalah:

1. Sound System Yang Out


Well, mungkin disebabkan anugerah ini bukanlah anugerah untuk lagu atau penyanyi, pihak penganjur seperti terleka mengenai sound system yang diguna pakai. Lebih-lebih lagi apabila Akim menyanyikan lagu Mewangi. Nasib baik lagu tu memang power! (at least dapat tebus kegagalan untuk ke final AJL bila menang grup duo meletop)

2. Apa Fungsi Neelofa?


Didampingi oleh Nabil, Johan, Ac Mizal dan Zizan Razak, kami lihat Neelofa seperti tenggelam semasa mengacara. Maaf ya peminat Neelofa. Kami jujur. (kadang-kadang kami rasa Neelofa dijadikan bahan untuk troll je!)

3. Datuk Siti Nurhaliza – The Unbeatable



Percaya atau tidak, statement ‘Kalau Tok Ti ada, semua orang takde harapan menang’ memang masih berhantu. Buktinya, walaupun bertanding di kalangan artis-artis muda yang tak kurang hebatnya, nama Datuk Siti masih lagi dinobatkan sebagai pemenang.

4. Sharnaaz Ahmad Bawak Teddy Bear .… & Anis Al-Idrus


Sharnaaz ternyata berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir dengan gelagat ‘Farish’ dan teddy bear merah jambunya di atas pentas. Tambah pula apabila Johan masuk, memang pecah perut. Nak tahu apa yang lagi best? Tentulah apabila kamera fokus kepada wanita yang duduk di sebelah Sharnaaz. Siapa lagi kalau bukan Anis Al-Idrus. Sweet couple.

5. Zizan Hanya Layak Jadi Calon Anugerah?


Sama ada anda perasan atau tidak, Zizan seringkali mendominasi senarai akhir calon pemenang anugerah. Namun sayangnya kalau tak salah kami, di AME2015 ini merupakan kali kedua Zizan gagal meraih sebarang anugerah. Betul tak?

6. Ayda Jebat Terkontang-Kanting

Apa yang kami perhatikan daripada tahun lepas, pemenang bagi kategori Top Top Meletop Wanita bagaikan tidak dirai sehebat Top Top Meletop Lelaki. Mana taknya, semalam Ayda ditinggalkan keseorangan di hadapan pentas setelah dia diumumkan sebagai pemenang. Kami rasa sebagai pemenang kategori yang paling besar di AME 2015, Ayda layak untuk kekal berada di pentas. Tak gitu?

7. Johan Is The Man of The Night!


Daripada awal sampailah habis, kami lihat Johan yang banyak memberi nafas dalam AME2015. Tak kiralah segmen lakonan selingann bersama Neelofa, Awie dan Erra mahupun bersama pengacara yang lain, lawak spontannya bikin penonton tak kering gusi. Yang lain-lain tu cuma tambah garam je sikit-sikit. Malah, kami tak terkejut apabila Johan dinobatkan sebagai Top Top Meletop 2015 (AME 2015). Yes, Johan berhak mendapat gelaran itu!

8. AME2015 – Satu Lagi Anugerah Syok Sendiri?


Mulanya kami malas nak ambil port sangat sebab dah tentulah mereka memang nak penuhkan senarai finalis dengan produk mereka. Namun, ianya menjadi sangat ketara apabila tiba giliran satu kategori yang memaparkan semua wajah produk mereka. Bermula daripada situ, ramailah yang tweet kami serta melabelkan bahawa AME 2015 adalah anugerah syok sendiri.

9. Pemenang Hanya Boleh Cakap Beberapa Patah Perkataan Sahaja…


Ya, semua orang faham dalam majlis seperti itu sememangnya masa amat penting. Tetapi agak kekok kalau pemenang hanya dibenarkan senyum dan cakap beberapa patah perkataan sahaja sedangkan pengacara dan penyampai trofi ambil masa begitu panjang untuk membebel, merapu dan sebagainya. Malam tu untuk meraikan pemenang anugerah ke pengacara dan penyampai trofi???

10. Akim & The Majistret Menang Menerusi Lagu Mewangi…


Lagu yang mantap. Lagu yang hebat. Tidak hairanlah kalau menang dua anugerah di AME 2015. Namun kerana genre yang dikatakan lebih kurang sama lagu ini gagal menang dalam satu anugerah muzik baru-baru ini. Dipilihnya pula lagu yang begitu BERSENI dan BERTARAF ANTARABANGSA… huhu…

Hurm. Apa pula pendapat anda?

p/s: Sumber asal [1-8] dipetik dari OhBulan….