Dalam gambar berkenaan, Svetlana yang berasal dari Moscow,
telah dirakamkan bersandar di tepi pokok dan berada di pantai, dalam keadaan
menjolok mata.
Pemilik butik berusia 45 tahun itu, berkahwin dengan
Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Timur Ivanov, yang muda empat tahun
daripadanya. Timur dilantik ke jawatan berkenaan awal tahun ini.
Salah seorang netizen yang mengecam Svetlana berkata:
“Sekurang-kurangnya anggota tentera tahu bahawa kemewahan itu dibayar dengan
nyawa mereka di Syria Donbass (Ukraine).”
Salah seorang Ahli Parlimen, Vasily Vlasov pula meminta
supaya kerajaan Vladimir Putin memberikan ingatan kepada Timur berhubung gambar
isterinya itu.
“Dia perlu diberikan peringatan, dihukum. Saya rasa
peringatan secara terbuka lebih baik,’’ kata Vasily.
Beliau turut meminta Menteri Pertahanan supaya memberikan
perhatian terhadap apa yang dilakukan oleh isteri timbalannya, sebagai mana
yang perlu dilakukan oleh seorang ketua.
“Isteri kepada golongan atasan ini perlu ingat bahawa ramai
yang mengikuti kehidupan mereka dalam media sosial.