TIDAK tahan dengan ‘layanan’ majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia merakam detik dia dirogol dan memuat naiknya di laman sosial.
Wanita yang berusia 31 tahun itu dikatakan menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga di Taichung, Taiwan dan sering menjadi ‘pemuas nafsu’ majikan lelakinya.Media tempatan di Indonesia melaporkan, wanita tersebut dipaksa melakukan perbuatan keji walaupun dia menolaknya.
Dalam video tersebut, pembantu rumah itu dipaksa ‘melayan’ majikannya dan dia menolak dengan menggunakan bahasa Mandarin.
Bagaimanapun, majikan lelaki berkenaan tidak mengendahkan rintihannya dan terus memperkosa wanita malang itu.
Wanita tersebut turut memuat naik perbualannya dengan agensi pekerjaan yang menempatkannya di rumah majikan itu.
Dalam perbualan tersebut, dia pernah mengadu mengenai kejadian diperkosa majikan tetapi tidak mendapat perhatian agensinya.
“Walaupun ada majikan perempuan dan anak lelakinya, walaupun saya menjerit tetapi tiada siapa yang peduli.
“Isterinya hanya meminta maaf kerana suaminya mabuk,” tulisnya.
Jelasnya, dalam video tersebut dia sudah jatuh ke lantai kerana sudah tidak mampu untuk bangun tetapi masih meneruskan rakaman bagi bukti pendedahan perangai keji majikannya.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada awal September lalu dan menjadi viral di media sosial selepas mangsa kesal aduannya kepada agensi tidak dihiraukan.
Media tempatan Indonesia melaporkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan menuntut agar individu yang melakukan perbuatan keji itu mendapat balasan sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC