Resepi Pizza Mudah Tanpa Diuli Tapi Lazatttttt..!!

Kini semua orang boleh menyediakan pizza tanpa uli pizza. Hah! Macamana tu?
Jom kita tengok resipinya.

Dengan menggunakan roti paratha segera, resipi ini boleh membantu anda berjimat makan di luar apabila boleh disediakan di dapur sendiri.

Anak anak memang sukakan pizza.

Ok.. Nanti share resipi ini di wall anda supaya orang lain dapat idea buat pizza mudah dari rumah. Kita sama sama sebarkan manfaat.


Tempoh hari saya kongsikan insiden gas habis. Alamak! Kena masak selain dari gas. Pagi pagi nak kena sediakan sarapan ringkas untuk anak anak dan suami.

Alternatifnya adalah oven.


 Nasib baiklah bahan bahan memang dah stanby di dapur.

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella


3 jenis topping sahaja.

Kita ikut style dominos pizza. Topping tak perlu
banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasa dia.


Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.


Kemudian paratha susun atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya.

Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.


Kita beritahu nak buat bagaimana.

Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu.

Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.


Kemudian letakkan mozarella cheese.

Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.


Susun sosej di atas lapizan mozarella.

Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.


Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland.

Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.


Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese.

Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.


Masukkan dalam oven. Letak ditengah tengah menggunakan api atas bawah.

Masak selama 20 minit.


Siap dah pizza overdose kita.😄😄😄

Mana taknya overdose.. Sampai melimpah keluar dari base pizza.

Makan sendiri tak apa ye.😆😆😆


Hah gituu... Yang best masa tarik pizza tersebut.


Selamat mencuba dan kongikan :P :P