Apabila sebut sahaja negara Iran, pasti ramai antara kita akan mengaitkan ia sebuah negara besar dalam bidang bom nuklear. Memang tidak dinafikan lagi sememangnya Iran begitu serius dalam mengembangkan senjata nuklear berdasarkan beberapa siri ujian nuklear yang dijalankan oleh mereka.
Meskipun bergelar sebagai Republik Islam Iran yang majoriti penduduk di sana adalah berfahaman Syiah, namun kehidupan di kalangan remaja-remaja di Iran tidak kurang bezanya dengan kehidupan remaja-remaja di negara Islam yang lain.
Seperti remaja-remaja di Malaysia, remaja-remaja di Iran juga mendapat pendedahan kepada hiburan dan gaya hidup barat yang agak sosial di dalam kehidupan seharian mereka di sana.
Aktiviti-aktiviti seperti merokok, berkaraoke, bermain snuker dan alat muzik merupakan perkara biasa di kalangan remaja-remaja di sana. Malah ada yang mengatakan ianya terlampau membosankan dan mereka menginginkan sesuatu yang baru dibawa masuk ke dalam negara mereka ini.
Dua orang wanita yang tidak menutup aurat sedang merokok
Kugiran tempatan sedang berlatih muzik secara rahsia
Dua orang wanita Iran sedang bersenam di sebuah gymnasium
Dua orang wanita Iran yang sedang menari di dalam sebuah parti peribadi
Parti peribadi dengan ‘live music’
Gambar di sebuah salon kecantikan
Lelaki dan wanita Iran di dalam sebuah kedai hookah
Wanita di Iran merupakan pemain snuker terbaik di dunia
Bermain muzik di sebuah taman awam
Gambar seorang lelaki Iran bersama dengan anjing peliharannya di dalam sebuah bilik
Seorang lelaki sedang bersantai sambil menikmati minuman keras
Pasangan lelaki dan wanita Iran yang sedang membaca Al-Quran di dalam sebuah taman
Lelaki Iran yang sedang berlatih aksi parkournya
Wanita Iran sedang membeli belah pakaian dalam