Percaya atau tidak, tiada negara yang terselamat daripada gejala masalah pelacuran di negara mereka. Di India sahaja, sebuah kawasan pelacuran yang dikenali sebagai Sonagachi dikatakan sebagai kawasan lampu merah yang terbesar di Asia mengalahkan kawasan-kawasan lampu merah yang terdapat di sekitar Bangkok di Thailand atau di Jakarta di Indonesia.
Terletak di bandar Kalkota, dilaporkan terdapat kira-kira 14,000 orang pelacur yang tinggal di dalam ratusan rumah-rumah pelacuran yang terletak di kawasan lampu merah ini ini.
Kebanyakkan wanita yang menjadi pelacur di kawasan ini bukannya bekerja di atas dasar rela tetapi sebenarnya menjadi mangsa kepada sindiket pelacuran yang menjerat mereka untuk menggadaikan tubuh dan harga diri hanya untuk sesuap nasi.
Namun ada segilintir yang memilih untuk menjadikan pelacuran ini sebagai sebuah profession tetap kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan berbanding dengan pekerjaan yang pernah mereka cuba sebelum ini.