3 Anggota Polis Maut Ditembak Perompak Di K.L Sentral...


Di KL Central, 3 anggota polis terkorban kerana terkena tembakan perompak di sebuah pusat pertukaran wang tengahari tadi ketika menjalankan tugas. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang solihin. Inilah erti pengorbanan yang mengatasi segala-galanya.
Inilah juga manusia yang menjadi bahan sindiran dan tohmahan puak-puak pembangkang khususnya DAP dan sekutunya selama ini, mereka dimomok-momokkan bagi kepentingan politik sempit mereka, malah yang paling menyedihkan ada golongan orang Islam Melayu yang rela bersekongkol hanya kerana nafsu keduniaan semata-mata? Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan kepada keluarga mangsa terutama anak dan isteri mereka, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. AMIN.