Punca Sebenar Operasi Cari Jururawat Hilang Di Hentikan


Operasi Cari Jururawat Hilang Di Hentikan | Operasi pencarian semula jururawat Nurul Wazieyana Mohd Yusuf yang hilang di Pantai Pasir Panjang, Santubong sejak 12 Disember lalu ditamatkan petang tadi.
Operasi Cari Jururawat Hilang Di Hentikan

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata, operasi memasuki hari kedua di Sungai Dua itu ditamatkan selepas perbincangan teliti diadakan bersama pasukan penyelamat lain.

"Hasil perbincangan bersama polis, anggota penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) serta seorang penyelamat bebas, kita sebulat suara menamatkan operasi hari ini.

"Bagaimanapun, operasi memburu buaya di kawasan lubuk Sungai Dua itu akan dibuat oleh pihak SFC bermula Isnin hingga Jumaat depan,"katanya.

Katanya, sebarang perkembangan berhubung operasi itu nanti akan dimaklumkan oleh SFC dari semasa ke semasa.

Pagi tadi, pasukan penyelamat menemui serpihan tengkorak dipercayai milik manusia dalam operasi pencarian semula itu.

Serpihan tengkorak berkenaan ditemui pada 10.48 pagi kira-kira 300 hingga 400 meter tempat mayat mangsa baham buaya Raziman Razali, 16, yang ditemui Selasa lalu.

Sumber