BARU 2 HARI BERKAHWIN INILAH PESANAN MENGEJUTKAN UNGKU HARIZ BUAT ISTERINYA JIHAN MUSE YANG KORANG TAK SANGGUP BACA JIHAN SANGGUP KE TUNAIKAN BENDA NI, PANAS JE TELINGA !

Pelakon Ungku Hariz Faizal, 33, tidak meletakkan sebarang syarat kepada isterinya, pelawak Jihan Muse dalam meneruskan kerjayanya sebagai selebriti selepas berkahwin.

Katanya, apa yang penting Jihan dapat menjaga maruah dan dirinya sendiri seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

“Kerjaya dan kehidupan kami akan berjalan seperti biasa, saya juga tidak larang atau letak syarat apa-apa selepas bergelar isteri.

“Saya percaya dan berharap dia pandai menjaga diri sendiri,” ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Sementara itu Jihan berkata percintaan selama sembilan tahun membuatkan dia dan suaminya lebih matang dalam mengendalikan sebarang masalah.

“Hubungan kami sudah sembilan tahun dan boleh dikatakan agak matang sebab dulu sudah bergaduh dan tahu perangai masing-masing.

“Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik,” ujarnya.

jihan_muse_nikah2.jpg
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz, selamat bernikah pada Ahad (semalam) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam.