Memiliki payudara besar adalah keinginan ramai wanita. Sayangnya, cara untuk membesarkan payudara paling popular, adalah dengan operasi yang mudah namun berisiko dan mahal.
Rasa kurang percaya diri pada ukuran payudara kecil sering menjadi masalah. Untuk mendapatkan payudara besar secara natural, wanita boleh melakukan satu perkara iaitu, dapatkan banyak estrogen dalam tubuh.
Estrogen adalah hormon perempuan yang bertanggung jawab untuk membuat tubuh lebih memiliki lekukan dan payudara lebih besar. Masalah dengan estrogen cukup sederhana. Setelah akil baligh, hormon estrogen dipam ke seluruh tubuh untuk membuat seorang gadis berubah dari remaja menjadi seorang wanita.
Dari usia 12 hingga 16 tahun, tubuh wanita penuh dengan estrogen dan ini akan berkurang seiring dengan masa proses akil baligh berhenti. Penyebab wanita tidak memiliki ukuran payudara yang diinginkan adalah kerana mereka baligh terlalu awal, sementara pertumbuhan payudara terhenti ketika estrogen berkurangan.
Salah satu cara untuk mendapatkan payudara besar adalah dengan menggunakan lebih banyak estrogen. Ada sesetengah tanaman dan ubat-ubatan herba memiliki estrogen.
Makanan bersumber estrogen banyak tersedia di sekitar kita dan dapat diperolehi dengan mudah. Makanan ini disebut sebagai Phyto-Estrogen kerana mengandung estrogen tinggi seperti tahu, biji flax, dan kacang soya.
Selain itu, banyak makanan lain yang kaya dengan estrogen, yang mampu menambah ukuran payudara satu atau dua cup. Namun demikian, haruslah tetap berhati-hati kerana ada aturan mengenai kadar estrogen yang efektif dan tidak mendatangkan keburukan pada tubuh.