Bercerai Ketika Usia Kandungan Elly Mazlein 5 Bulan, Suami Elly Tampil BONGKAR Cerita SEBENAR !!!


"Saya Bukan Kejam Ceraikan Dia Ketika Hamil, Tapi..." - Azmi Hatta

Kisah penceraian Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta baru baru ini mendapat perhatian ramai selepas pasangan itu mengakui sudah bercerai ketika si isteri masih dalam tempoh mengandung anak pertama mereka.

Ramai menyuarakan pendapat yang Azmi Hatta sebagai seorang lelaki yang tidak berhati perut untuk menceraikan Elly Mazlein dalam keadaan begitu walau apa jua alasan yang diberikan.


Bercakap kepada mStar Online hari ini, Azmi Hatta mendedahkan yang keputusan untuk berpisah dengan Elly Mazlein bukan sesuatu yang mudah dan terkilan dengan tuduhan orang ramai.

“Saya terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar”

“Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 5 bulan, secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah”

“Saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah,” ujarnya panjang lebar menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.

Azmi Hatta turut menafikan kenyataan Elly Mazlein sendiri baru baru ini yang mengaitkan seorang pelakon wanita bernama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka berdua