Takziah Buat Zain Saidin Dan Keluarga ~ Al Fatihah

Gambar kenangan Sasha bersama anak dan bapanya Mohamad Saidin Osman.
PETALING JAYA: Bapa kepada Sasha Saidin dan Zain Saidin iaitu Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada malam Selasa.
Sasha menerusi Instagram miliknya memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 8.45 malam selepas dimasukkan ke hospital pada pagi hari sama.

"Saya ingin memaklumkan bapa saya Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada 8.45 malam tadi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan, doa dan ingatan. Al-Fatihah," tulisnya.


Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid As-Syakirin, Jalan Gombak pagi Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota dekat sini.

Dalam pada itu, Sasha menyifatkan bapanya seorang lelaki yang cukup baik dan penyayang.

"Bapa saya adalah seorang lelaki yang baik.

Dalam hidupnya dia sentiasa meletakkan orang lain melebihi dirinya sendiri dan saya percaya dia telah menjalani kehidupan yang baik," katanya.