Video Rakaman CCTV Dalang Sebenar Disebalik Cubaan Rogol Wanita Ditandas Stesen Minyak Petronas Rawang.




Seorang ibu kepada dua orang anak nyaris menjadi mangsa rogol di tandas sebuah stesen minyak, malam tadi.Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam di Stesen Minyak Petronas Bandar Baru Rawang itu, mangsa berusia 30 tahun itu ditolak oleh seorang lelaki ketika mahu keluar dari tandas.

“Ketika itu ada dua perempuan yang lain turut berada di dalam tandas. Semasa saya berada dalam tandas, saya terdengar ada orang masuk. Apabila saya mahu keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa India telah berada di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

“Dia terus menolak dan menarik saya masuk ke dalam tandas. Saya telah bergelut dan ditarik sehingga ke pintu utama tandas. Tetapi pada masa itu, lelaki tersebut telah mengunci pintu. Namun selepas mendengar saya menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka pintu dan saya telah berjaya keluar menyelamatakan diri,” katanya.

Ketika kejadian itu berlaku, suami mangsa sedang menunggu di dalam kereta bersama dengan dua orang anak mereka. Mereka difahamkan keluar untuk membeli kek bagi menyambut ulang tahun kelahiran suami dan sekali gus dengan sambutan hari ibu.

Ekoran pergelutan itu, mangsa telah mengalami sakit-sakit badan dan tangan kerana terjatuh
Menurut mangsa, suspek terus melarikan diri ke arah deretan kedai di bandar baru.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut sebelum pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut kakak kepada mangsa, Dhiya Srikandi Qalbu, susulan kejadian itu beliau dengan suaminya, dengan abang ipar (suami mangsa) dan seorang anggota polis telah meronda di pekan Rawang untuk mengesan suspek.

“Adik kata, suspek tak ada bau alkohol, mahupun bau peluh tetapi mungkin dalam pengaruh dadah. Kemungkinan suspek telah lama menunggu dalam salah satu dari 3 bilik tandas di stesen berkenaan.

“Adik saya menjerit banyak kali dalam tandas tetapi suara jeritan itu ditenggelamkan oleh bunyi muzik yang dipasang kuat oleh pekerja Petronas.“Mujur suspek tidak membawa sebarang senjata. Dia cuma kejar adik saya sampai luar pintu, nak tarik masuk balik ke dalam tandas. Namun suspek melarikan diri selepas mendengar adik menjerit sekuat hati,” katanya.
Polis telah menahan 3 lelaki India seperti yang digambarkan dan mangsa dijangka akan membuat proses pengecaman pada pagi ini.