Ally Iskandar Sah Lafaz Cerai?

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada laporan rasmi yang mengesahkan dakwaan bahawa rumahtangga Ally Iskandar bersama isterinya, Farah Lee sudah pun berakhir. Memetik desas-desus di laman forum CARI, muatnaik gambar di Instagram Farah bagaikan memberi bayangan situasi yang dihadapinya kini.


Menurut Farah Lee di Instagram, dia berharap agar permulaan baru yang lebih baik di dalam kehidupannya. Selain itu, para pengikut Instagram Farah juga menyatakan bahawa gambar-gambar Ally juga telah dipadam malah ada dakwaan yang menyatakan mereka sudah pun bercerai secara baik di mahkamah.

Apa pun perkara yang terjadi, semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. Ally Iskandar telah bernikah pada Januari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel.


Apa pun, jika benar perkhabaran yang diterima, bila sudah tiba masanya pasti Ally akan bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar.