' Kerana Suka Belanja Kawan Makan, Lihat Perubahan Ketara Lelaki Ini '



Pertama kali melangkah masuk ke kediaman Dato Kamarul dan isteri (Datin Aishah), saya rasa suasana tenang dan penyayang. Di sekeliling perkarangan rumah dipenuhi dengan pelbagai jenis burung Parrot. Dalam hati berkata, tuan rumah memang mempunyai tahap energi cinta yang tinggi ni.

Sebab bila membela haiwan, sama seperti kita membesarkan anak. Makanan, karenah, sama saja macam budak-budak. Jadi, dengan memiliki parrot lebih dari 20 ekor, boleh anda bayangkan rasa sayang yang ada tu?

Kami berborak santai petang tu, untuk mengenal siapa sebenarnya pemilik legasi jutawanproduk ni? Dalam perbualan, sempat juga lah korek rahsia mereka. Bagaimana untuk menjadi jutawan yang berjaya. Jujur kata, Dato dan isteri sangat peramah, tak lokek ilmu langsung. Tanya lah apa saja. Mereka akan jawab dengan ekspresi wajah yang teruja dan ikhlas.


Abang tak suka cerita kesusahan dulu untuk meraih simpati. Abang lebih suka bercerita tentang benda yang best dan kejayaan pada masyarakat.

Itu antara ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga kami. Mereka ingin mengubah minda masyarakat yang sentiasa berfikir tentang kesusahan dan pasrah dengan apa ada nya. Sedangkan untuk menjadi jutawan zaman ni sangat mudah, kenapa perlu kita beri perhatian pada kesusahan?


Dalam kehidupan ni, setiap perbualan, perbuatan, sikap, pemikiran, siapa rakan kita, malah doa kita akan menentukan bagaimana perjalanan hidup nanti.

Dalam konsep law of attraction, apa yang kita fikir dan mahukan, itu yang kita akan dapat dalam hidup. Baik mahupun buruk, hati-hati dalam meminta sesuatu.
Sehari sebelum tu, sempat juga saya stalk FB Dato’ Kamarul. Rupanya sejak usia 16 tahun, antara tabiat yang beliau suka buat seperti tampal gambar impian atas kad manila. Dan harini, 90% impian tu termakbul. Konsep ni saya biasa gelarkan sebagai memiliki sebelum mempunyai. Kalau nak ulas dalam ni, sehari takkan habis.

Menampal gambar impian bermaksud anda membuat bayangan awal .Bayangkan seolah-olah anda telahpun memiliki impian tu sekarang. Walau secara realiti belum ada, percaya atau tidak impian/doa tu dah pun di makbulkan. Tunggu masa untuk direalisasikan.

Kerana Suka Belanja Kawan Makan, Lihat Perubahan Ketara Lelaki Ini


Satu lagi peribadi seorang jutawan yang berjaya adalah, mereka suka belanja orang makan. Dan ini antara rahsia Dato’ Kamarul. Bila keluar makan beramai-ramai, beliau takkan tunggu untuk orang lain bayarkan. Malah, beliau sendiri menjadi yang pertama untuk membayar bil.

Abang memang akan bayar bil tanpa tunggu orang lain bayarkan. Kepuasan memberi tu tak merugikan abang satu sen pun. Malah rezeki makin mencurah-curah masuk.
Ini bukan pertama kali saya melihat tabiat seperti ini. Malah saya sendiri mengamalkan sejak 2 tahun yang lepas. Percaya atau tidak, keikhlasan dalam belanja orang, rezeki anda akan sentiasa ada tanpa dijangka. Tanpa logik akal langsung kerana ia akan datang tiba-tiba.

Niat memainkan peranan utama juga. Jangan kita niat untuk mendapat balasan. Tapi niat ikhlas untuk memberi dan memudahkan yang lain.

Tambah lagi, Dato’ Kamarul suka berkongsi ilmu dengan orang. Tak berbayar. Ya, percuma saja. Kata beliau, tak rugi berkongsi ilmu, malah kita dapat membantu ramai orang dan membina ikatan perhubungan yang akrab. Ikatan hubungan seperti ini membuatkan kita lebih selesa dan saling menghormati.

Malah ada satu lagi konsep yang ditekankan iaitu, rezeki terletak di tangan mereka yang disekeliling. Bila kita saling berkongsi rezeki dan ilmu, kita takkan rugi malah kita akan mendapat lebih banyak lagi.

Umpama seperti kita bersedekah 1 saja, tuhan akan balas dengan 10 kali ganda ganjaran yang tak dijangka
Ada banyak lagi tips yang kami dapat haritu. Tapi dengan 4 tips penting dalam ni, sekiranya anda mengamalkan dan menjadikannya sebagai tabiat kekal, akan ada perubahan ketara dalam hidup nanti.

Apa yang kami cuba sampaikan, untuk menjadi seorang jutawan yang berjaya, contohi cara dan kehidupan mereka. Pastikan kita memilih untuk dikelilingi rakan-rakan dan persekitaran yang tepat dan sesuai. Jika ingin kaya, berkawan dengan mereka yang berjaya. Kerana jika salah pilihan kita, kehidupan kita akan mendapat impak yang sama.