Tiga keping gambar tak senonoh pasangan pelakon popular tersebar di internet semalam hingga membuat ramai pihak menggelengkan kepala.
Dakwa netizen, pelakon tersebut yang tidak mengaku gambar yang tersebar itu milik mereka sebaliknya mendakwa ia adalah gambar yang telah diedit.
Namun begitu, hampir 95 peratus netizen sebaliknya percaya yang ia adalah gambar asli memandangkan tiada kesan edit serta dirakam menggunakan telefon bimbit.
Kuala Lumpur - “Jangan kaitkan saya dengan gambar bogel itu. Saya tidak ada kena-mengena,” kata pelakon Ammar Alfian, 28.
Dia mengulas demikian selepas ada yang mengatakannya sebagai dalang tersebarnya beberapa keping gambar bogel didakwa pelakon Atikah Suhaime dan Idris Khan di laman sesawang, semalam.
Ammar yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan skandal video seks bersama dua selebriti itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai penyebaran gambar bogel itu.
“Saya tidak tahu apa-apa. Saya sibuk dengan perniagaan di Australia dan sekarang di Malaysia untuk sambutan Aidiladha bersama keluarga.
“Jika gambar bogel itu adalah mereka, biar mereka sendiri yang uruskan,” katanya yang kini menetap di Melbourne, Australia.
Katanya, dia tidak akan mengambil peduli terhadap apa yang diperkatakan orang.
“Biarlah orang nak fitnah. Lebih baik saya buat hal sendiri lagi bagus,” katanya menerusi WhatsApp.
Sementara itu, Atikah ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengelak daripada menjawab, manakala Idris masih gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut mengenai perkara itu.