Berang apabila mengetahui suaminya ‘makan luar’ seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel.
Rakaman insiden itu yang dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit.
Difahamkan, wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala.
Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.
Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan pertuturan, kejadian dipercayai berlaku di bahagian Pantai Timur negara.