1. Mendoakan dan Bersyukur dengan pemberian suami
Tindakan Isteri yang paling disukai oleh Suami dan membuat semua Suami di dunia ini akan merasa sangat bahagia adalah apabila isteri selalu bersyukur dan berterima kasih kepada suami atas pemberian suami (tempat tinggal, makan dan pakaian dll) tanpa mengeluh dan mengucapkan syukur pada Allah, seharusnya lagi Isteri sentiasa sabar beribadah memohon pada Allah untuk mendoakan suaminya.
2. Setia ,Bersikap jujur dan terbuka pada Suami.
Suami bahagia jika isteri tidak membohonginya, setia dan selalu terbuka bercerita pada suaminya tentang keadaan dirinya dan orang-orang disekitarnya.
3. Tidak menangguh-nangguhkan perintah suami.
Suami sangat menyukai jika perintahnya segera dilaksanakan, dan akan merasa kesal jika ditangguhkan .suami akan berfikir bahawa si isteri tidak menghargai dan berdegil dengan suami.
4. Menyimpan dengan baik nafkah dari suami, tidak boros dan bijak dalam membelanjakan nya.
Suami akan bahagia jika isteri tidak boros, membelanjakan penghasilan dengan bijak dan menabung nafkah yang diberi oleh suami meskipun sedikit untuk digunakan apabila darurat
5.Menyediakan keperluan harian suami.
Contohnya menyediakan pakaian kerja, menyediakan makan minum dan yang paling penting dapat makan bersama suami
6. berpakaian dengan sesuai untuk meningkatkan selera Suami.
Suami akan suka dan bahagia melihat isteri jika isteri berpakaian cantik dan sentiasa “seksi” dimata suami
7. Mesra pada suami.
setiap pagi selepas bangun dari tidur. cium pipi suami sambil mengucapkan : Bangun sayang… atau tiba–tiba memeluk suami sambil mencium pipi .
8. Memberi waktu dan menyiapkan perlengkapan
Suami akan merasa sangat bahagia jika hobinya dapat dilakukan dan isteri memberikan waktu yang cukup untuk suami dengan hobinya .apalagi jika isteri menyiapkan keperluan yang berkaitan dengan hobi suami .
9. Berdandan dan Wangi sebelum tidur.
Sebelum tidur mandi, menghias diri amat penting, memakai wangian dan pakaian tidur yang disukai suami. Meskipun suami lagi tidak “berhasrat” tapi niat isteri untuk berhias dihadapan suami membuat suami tidur dengan tersenyum
10. Bangga pada perbuatan dan sikap suami.
Suami akan sangat bahagia jika tindakan atau perbuatannya membanggakan isterinya dan isteri mengucapkan puji pujian dengan suaminya dan membanggakan suaminya di hadapan orang lain .