Kah, kah, kah. Terburai perut KMN membaca jawapan Izara Aishah. Tersangatlah epik. Semua ini bermula daripada satu persoalan yang diajukan kepada Izara oleh salah seorang pengguna laman sosial Twitter. Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi oleh Izara, pengguna tersebut bertanya mengandung ke tu kerana kelihatan perut Izara yang agak besar di dalam gambar-gambar tersebut.
salah satu gambar yang dikongsi oleh Izara
Ini pula soalan yang diajukan oleh pengguna Twitter tersebut kepada Izara Aishah. Kalau kena pada orang lain, memang boleh mengamuk dibuatnya. Silap-silap siap ajak para peminat kutuk berjemaah lagi.
Namun Izara Aishah tidak cepat melenting sebaliknya memberikan jawapan yang tidak disangka-sangka. Sempoi je Izara mengaku dirinya buncit. Tak ada nak berselindung apa bagai. Power beb.
Susulan jawapan yang simple dan sempoi ini, rata-rata para pengikut dunia hiburan memuji sikap tenang Izara Aishah.Apa salahnya buncit kan? Yang penting kita gembira. Tak gitu?
Sumber: penmarah