KEHILANGAN ORANG DI SAYANGI AMAT DIRASAI PAK NIL.. SUASANA PILU SEKITAR UPACARA PENGEBUMIAN ARWAH. SEMOGA DATUK AZNIL HAJI NAWAWI (PAK NIL) TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. AL-FATIHAH.




Ibu pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia jam 12.56 pagi Isnin kerana sakit tua.

“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah.”

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat pukul 11 pagi tadi. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan empat cicit.

Ini antara gambar di sekitar tanah pengkebumian. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada Arwah. Amin.