Lagi Kini Viral Aksi Tarian Gelek Menghairah Gadis Di Malam Kenduri Kahwin Sambil Tuttt, NAMUN Apa Yg Berlaku Slps 3 Minit Amat MENJIJIKKAN!


Apabila kami utarakan isu Ravers atau tarian sotong dan gejala berlebih lebihan dengan tarian dan muzik baru baru ini ramai yang menafikan bahayanya.

Ramai beranggapan tiada bezanya gejala sekarang dengan zaman menari Hindi, tarian John Travolta, Michel Jackson, Breakdance, Metal, Grunge, Rap, RNB, Shuffle, Jump Style dan sebagainya.Dikatakan orang dahulu pun menari juga namun tetap 'jadi orang'. Kononnya ini cuma trend semasa sahaja.
Dahulu kenduri kahwin memang menjadi laluan untuk pesta tari menari secara terbuka. Mungkin tariannya sedikit beradab. Bukan bermakna apa yang orang dahulu buat itu betul pun.

Hari ini acara itu semakin menjolok mata. Di negara jiran ada ribuan video tarian gelek dan dangdut yang amat seksi. Amat malu dan tidak tergamak untuk kami kongsi di sini.

Dalam majlis kahwin, Imam, bilal, ustaz, pakcik makcik, atuk nenek, pak haji mak haji semua hadir. Ada yang turut menyaksikan dan menyorak gelagat itu. Ada juga yang malu dan bersembunyi di dalam rumah. Namun tiada yang 'berani' menghalang.

Ada majlis yang kononnya mengambil kesempatan memanggil pelajar tahfiz untuk buat tahlil. Mencari keberkatan kononnya. Sebelum mula majlis dibacakan doa doa yang dikarang khusus. Tetapi selepas itu tetamu disajikan pula dengan muzik dan tarian gila seperti ini. Bagi kami, aksi dalam video ini tidak sampai 10% pun dari teruknya tarian seksi di majlis kahwin di negara jiran. Dengan pakaian separuh bogel, penari memberi salam kepada ribuan tetamu, di hadapan pak haji dan mak haji. Dari sudut manalah keberkatan majlis perkahwinan itu akan hadir???

Bayangkan jika Rasulullah SAW masih hidup dan melihat gelagat kita. Dari yang lelaki, yang perempuan, tua, muda, yang free hair dan yang bertudung lingkup semua sama sahaja.

KESIMPULAN

Agama itu adalah NASIHAT. Biarlah kami dikatakan page orang tua, page ibubapa yang ketinggalan zaman dan sebagainya. Namun kami tidak akan berhenti menyeru dan menasihati kerana bencana yang menimpa juga bakal turut kami rasai. Sementara itu kami sendiri sedang cuba sedaya upaya untuk islahkan diri.

Rasulullah SAW sudah wafat sekian lama. Sejak kejatuhan Ottoman dan pemansuhan sistem Khalifah pada tahun 1924, maka umat sudah tidak terurus sehingga negara Islam dan umatnya satu demi satu jadi porak peranda. Jika Islam semakin baik tidaklah sampai ke tahap pemansuhan sistem kekhalifahan yang menjadi tunggak peneraju dan PENGATUR/MUROBBI ummat ini.

Oleh itu, tidaklah semua amalan dan budaya orang lama itu baik belaka untuk kita ikut. Fir'aun, syaitan dan Iblis sudah wujud sejak zaman Adam a.s. lagi dan ia semakin bermaharajalela selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Janganlah kita katakan tiada bezanya dengan kerosakan yang sedang berlaku di depan mata sekarang melainkan sedikit perbezaan dari bentuk trendnya sahaja.

Kepada para ibubapa yang menguruskan perkahwinan anak-anak mohon ditapis semua jenis acara, sekalipun ia hanya untuk kalangan keluarga. Tiada istilah 'keluarga' yang dikatakan mahram dan bebas dari batas aurat dalam majlis kahwin. Antara ipar duai, antara sepupu semuanya ada batasnya sebagai bukan mahram.

Kita sudah cukup hancur sekarang. Janganlah dibiarkan lebur. Janganlah menzalimi diri kita sendiri. Semua nasihat yang diberikan Allah dan Rasul adalah untuk kebaikan dan keselamatan kita juga.

Marilah berubah,