Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang Ditanam Masih Hidup


Ngeri..!! Seram..!! Keluarga Pecahkan Kubur Setelah Mengetahui Anak Perempuan Mereka yang...............
Cuba korang tengok....Sungguh dasyhat!!!!!




HONDURAS: Penduduk disebuah kampung di La Entrada, Barat negara berkenaan terkejut apabila mendengar suara daripada kawasan perkuburan di kampung mereka.

Suaminya Rudy Gonzales terdengar jeritan dan rayuan dari kubur ketika menziarah pusara berkenaan membuatkan penduduk kampung bertekad untuk menggali kembali kubur tersebut.

Apabila digali kembali kubur Neysi Perez, 16, berkenaan yang dikebumikan dalam keranda dan simen konkrit sebelum ini, ahli keluarga mangsa mendapati Neysi tidak lagi bernyawa manakala kaca pada kerandanya telah pecah.

Selain kaca pecah, turut didapai tangan gadis berkenaan berdarah dipercayai kerana mengetuk cermin keranda berkenaan.

Gonzales memberitahu, isterinya itu dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin sebelum dia meninggal selepas terjatuh di rumah ketika ingin ke tandas bersama kandungan berumur tiga bulan.





Punca  Perez jatuh dipercayai kerana terkejut mendengar bunyi tembakan dan semasa jatuh mulutnya telah mengeluarkan buih menyebabkan bapanya memanggail paderi.

Paderi mengesajkan yang Perez telah dirasuk syaitan dan cuba memulihkkannya tetapi gagal, kemudian barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.

“Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” kata Gonzales.

Selepa menggali kubur berkenaan Perez telah dibawa ke hospital dan doktor telah membuat pemeriksaan sekali lagi tetapi mengesahkan Perez sudah meninggal dunia.

Mereka telah telah membawanya pulang ke kubur terbabit dan dikebumikan semula. -Siakapkeli.my