Kejadian Sebenar Disebalik Murid Tahun 1 Maut Akibat Dipaksa Berpuasa Oleh Ibunya


PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang wanita di Facebook.
Laporan kematian murid berkenaan telah mendapat 40,502 shares di laman Facebook dan dapat dilihat gambar berkenaan trending semenjak 22 jam yang lalu.

"Ada satu kes, seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk minum air pada petang itu. Tetapi ibunya menyuruh tidur dahulu. Akhirnya anaknya tidur terus sampai bila-bila.

"Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya budak itu terkena serangan strok haba kerana cuaca terlalu panas dan telah naik ke kepala dan air di dalam badan kurang.

"Motifnya di sini ialah, janganlah kita terlalu memaksa anak kita berpuasa sampai tak bermaya. Sedangkan paksa anak solat itu lebih wajib. Tambahan pula cuaca sekarang tak menentu, bukan seperti cuaca zaman datuk nenek atau mak bapa kita dulu.

"Strok haba ini sangat membahaya pada budak-budak. Ambil iktibar dan jangan nanti menyesal tak sudah," katanya.

Bagaimanapun, tiada pernah dilaporkan murid tahun satu meninggal dunia akibat diserang strok haba akibat berpuasa. 

Tinjauan di Facebook wanita itu juga mendapati, ramai pengguna Facebook yang telah menghantar permintaan untuk menjadi rakan mayanya sebanyak 600+ permintaan.