Lelaki Berserban Gadis Berpurdah Bercumbu di Tangga Masjid KLCC Selepas Subuh Tadi

13423782_10154879798527786_1855220236458994559_n (1)

FITNAH AGAMA
Jadual kami amat padat dan jarang sekali ada peluang untuk melihat suasana bandar. Pagi ini sepasang murobbi kami sempat tumpang solat subuh di Masjid KLCC. Usai solat disajikan pula dengan adegan yang terakam ini.

Bagi yang kurang tahu, adegan romantik seperti ini tetap di larang di tempat umum sekalipun pasangan ini sudah bernikah.
Kelakuan ini dipandang tidak bermaruah dan tidak kena pada tempat dan watak pelakunya. Itupun terpaksa bersangka baik dengan harapan pasangan remaja ini sudah bernikah.
Mungkin kurang fitnahnya jika ia dilakukan di tangga kompleks membeli belah oleh pasangan gadis seksi berambut perang dengan Mat rempit berseluar tampal. Bukan di tangga masjid, waktu subuh dan oleh pasangan berpakaian seperti ini.
Masih terngiang lagi paparan Ntv7 dalam program terjah yang berjaya merakam skandal pasangan berjubah dan berpurdah.
Ironinya ramai pekerja Bangla dan orang ramai yang lalu lalang hanya sekadar memandang dan menggeleng-geleng kepala sahaja tidak berani menegur dan menghentikan adegan itu.
Astaghfirullahaladziim. Allahummasalamatan fiddien..
WARGA PRIHATIN
LOKASI – MASJID KLCC
MASA – RAMADHAN, LEPAS SUBUH 10/06/2016.
Sumber