JOHOR BAHRU 25 Okt. - Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala
seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital
Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota
bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.
"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor
mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu
tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.-BERNAMA