(6GAMBAR) INNALILLAH:TERKINI SEMOGA ACHEY TABAH.. PINGGANG DAN RUSUK AYAH PATAH PENDARAHAN DIKEPALA


Johor Bahru : Bapa kepada pelawak Achey iaitu Hamzah Salam, 79, cedera parah selepas mengalami kemalangan jalan raya di Labis, Segamat  Johor kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, keadaan bapanya kini semakin stabil selepas hampir sembilan jam mendapat rawatan kecemasan di Hospital Segamat.

"Saya terkejut mendapat berita pagi semalam (Isnin) daripada seorang rakan yang membantu ayah saya dalam kemalangan itu dan perasaan ketika itu sungguh berkecamuk.

"Alhamdulillah, pagi ini dia sudah sedar dan boleh bercakap, doktor beritahu anggota badan bahagian kirinya cedera teruk termasuk pinggang dan rusuk patah, selain terdapat pendarahan di kepala.

"Tekanan darah pula terlalu rendah dan esok ayah akan menjalani pembedahan untuk masukkan besi pada tulang yang patah," ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika bapanya keluar untuk membeli sarapan pagi dan motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi di sebuah persimpangan.

Tambahnya, dia yang berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama penyampai radio Era iaitu Ray bergegas balik ke kampung.

"Nasib baik juga saya di Johor Bahru kerana ada mesyuarat, Ray hantar saya balik kampung kerana saya sudah jadi lembik dan tidak boleh memandu memikrikan keadaan ayah saya itu," ujarnya.

Sementara itu, Achey yang terlibat dalam program akhir Super Spontan Super Star pada Jumaat ini mengakui tidak dapat membuat sebarang latihan.

Pada awalnya dia membuat keputusan untuk menarik diri bagi memberi tumpuan menjaga ayahnya.

"Saya sudah hubungi pihak Super Spontan untuk menarik diri tapi adik-beradik serta ayah saya sendiri tidak benarkan.

"Sudah tentu saya akan hilang fokus kerana inilah kali pertamanya saya bertanding pada pertandingan akhir tidak dihadiri oleh ayah dan ibu serta ahli keluarga lain," ujarnya.-MSTAR