Netizen Persoal Isteri Adik Mangsa Kemalangan DUKE Bergaya Dengan Beg Tangan RM 16,000

Kelmarin, Yusnida Hussain, kakak kepada mangsa kemalangan di lebuhraya Duke pada Februari 2015 memberitahu melalui satu sidang media bahawa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang menguar-uarkan akan menjaga anak-anak perempuan mangsa seramai dua orang telah melakukan pecah amanah dan tidak pernah menjaga kanak-kanak itu.
celinean

Berita itu menimbulkan kemarahan Netizen yang telah ‘menyerang’ Facebook Faizznur dengan ratusan komen memintanya memulangkan wang milik anak-anak yatim itu yang dahulunya didermakan orang ramai kepada mereka melalui akaun Facebook miliknya. Yusnida berkata yang Faizznur mendakwa wang derma orang ramai sebanyak lebih RM 300,000 itu miliknya kerana ia dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setelah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Mufti bagaimanapun menafikan pernah memberitahu Faizznur sebegitu.




Kronologi Perkembangan Faizznur Seperti Yang Diperkatakan Netizen

1. Faizznur (FN) melibatkan diri dalam perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM) Phytoscience, perniagaan jual produk merapu (stem cell), sudah bertunang, muka comel, badan kurus.



 photo 17.jpg

2. 2 Mei 2015, kemalangan DUKE (al-Fatihah buat arwah ibubapa dan adik Amira dan Aqila). Tunangnya, Nur Amira Syuhaida (ketika itu 22 tahun) mendakwa sanggup menjadi ‘ibu segera’ dan berhenti kerja bagi menjaga anak-anak itu. Namun kakak Faizznur, Yusnida mendakwa pasangan itu tidak pernah menjaga Amira dan Aqila.



 photo Screen Shot 2016-10-20 at 9.38.45 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.07.01 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.07.10 AM.png
 photo Myvi-langgar-pajero.jpg
 photo Screen Shot 2016-10-20 at 10.12.25 AM.png

3. 14 June 2015 FN melangsungkan perkahwinan. Gedegang, siap ada foto pra-perkahwinan dan khemah glow-in-the-dark



 photo 1.jpg
 photo 2.jpg
 photo 19.jpg

4. Setelah dibuat laporan polis, kakak arwah telah diberi RM12,000, yakni pada 22 June 2015

 photo 8.jpg
5. Majlis resepsi FN di Batu Muda pada 10 Oktober 2015. Menurut Faizz Nur dalam satu perbualan Facebook dengan isterinya, mereka membuat persiapan perkahwinan itu hanya dalam masa tiga minggu!



 photo 9.jpg
 photo 21.jpg
 photo 13.jpg

6. FN memulakan perniagaan kafe (diberi nama Panca Sitara Cafe yang terletak di Batu Muda), sekitar hujung tahun 2015



 photo 3.jpg
 photo 4.jpg
 photo 5.jpg

7. Isteri FN bunting pelamin, selamat melahirkan zuriat sulung pada 18 March 2016

 photo 20.jpg
8. Melangsungkan majlis akikah (perhiasan agak mewah) pada 23 April 2016.



 photo 8 copy.jpg

9. FN sudah mula tampak badan berisi dan kelihatan sedikit sado (beli keahlian gimnasium?)



 photo 7.jpg

10. Isteri FN memiliki beg tangan jenama Celine (macro) yang berharga RM11,000-RM 16,000



 photo 12.jpg
 photo 15.jpg
 photo 16.jpg

11. Kakak arwah membuat sidang akhbar pada 18 Oktober 2016, menuntut hak (duit sumbangan orang ramai)



 photo 18.jpg

Aduan mengenai sikap Faizznur yang ‘membolot’ harta waris kemalangan di lebuhraya DUKE itu pernah disuarakan seseorang bernama Naem Roslan di Facebook pada Julai 2015.


 photo 14.jpg

Melalui pemerhatian penulis, Faizznur kini sudah memadam dan menyekat komen serta pengguna Facebook yang meninggalkan komen di akaun miliknya.
Bagaimanapun, ini semua ialah tanggapan Netizen. Boleh jadi, Faizznur dan isteri telah membeli dan membayar untuk harga barangan dan perkhidmatan itu menggunakan wang sendiri. Apa pendapat anda?- amazingnara.com