Seorang pengacara wanita telah menggemparkan para penonton apabila secara tidak sengaja mempamerkan seluar dalamnya sewaktu sedang ke udara.
Pengacara saluran The Fox Sports, Alina Moine, dipuji netizen kerana mampu bersikap profesional walaupun insiden memalukan menimpa dirinya.
Melalui video pendek yang dimuat naik, baju dress berwarna hitam paras paha yang dipakai Alina tersangkut pada salah satu jarinya ketika pengacara itu cuba angkat tangannnya.
Rakan setugas Alina ‘berpura-pura’ tidak mengetahui insiden yang berlaku malahan meneruskan pengacaraan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, insiden memalukan itu tidak terlepas daripada tatapan penonton yang menonton rancangan itu.
Bahkan ada dalam kalangan mereka yang merakamnya dan bertindak memuat naik ke laman sosial.
Video memalukan yang menimpa Alina itu telah ditonton lebih 350,000 kali setelah ia dimuat naik.