Jika sabit kesalahan dalam akta GST, DS Vida boleh didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan. Makhamah bagaimanapaun membenarkan jaminan keseluruhan RM1.76 juta atau RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Punca Kenapa Dato Seri Vida Enggan Bayar Cukai GST
Menerusi komen orang awam, dapat disimpulkan beberapa faktor yang menjadi punca Dato Seri Vida enggan membayar cukai. Antaranya:
1. Cukai GST agak membebankan bagi beliau
2. Kemungkinan besar Dato Seri Vida menyerap GST dan tidak mengutip daripada pengguna.
3. Lebih suka menderma hasil kutipan GST tersebut kepada anak yatim atau orang yang lebih memerlukan
4. Dato Seri Vida dilihat cuba memberontak terhadap pelaksanaan GST
5. Tidak menyimpan rekod hasil kutipan GST sehingga gagal mengemukakan penyata GST daripada tarikh yang ditetapkan
6. Cuba lari daripada membayar GST
7. Ada kemungkinan Dato Seri Vida telah menggunakan hasil kutipan GST untuk kemewahan diri sendiri atau menggunakan duit tersebut untuk menaja program realiti atau bola sepak.
8. Menjadi persoalan, adakah perniagaan Dato Seri Vida semakin merudum sehinggakan tidak mampu bayar GST?
Komen Pengguna Isu Dato Vida Ingkar Bayar Cukai GST
Ramai pengguna dilihat cuba menyokong Dato Seri Vida daripada tidak membayar GST. Ada juga yang mengecam Dato Seri Vida kerana enggan membayar GST.
1. cerita yg benar xnk bayar gst atau pun dah kutip gst dr pengguna dan x bayar kepada kerajaan? Kalau dah kutip dr pengguna mmg la kena bagi kerajaan, tp kalau x kutip gst dr pengguna dan di paksa bayar itu lain pula kisahnya.
2. Government dah sengkek sgt ke? Desperate tahap apa dah ni? Jap lagi kalau check currency sure RM dah drop. Adoiii lg satu Dato’ Vida pun berdoalah secara “sirr” yakni sembunyi2. Relax lah Dato’ biasa je dah Incometax ni memang macam hawau
3. bersbrlah datuk .. stiap yg berlaku pastinya berhikmah.. sy thu dtuk @datoserivida mmpu hadapi sgalanya ini.. jngn risau, kami disini akan sntiasa mndoakan yg baik2 shja buat dtuk.. sy syg dtuk sngt2.. harap dtuk tabahkan diri dan sntiasa kuat.. jngn fkirkan yg negetiv.. we always suporrt you datuk.. allah mha adil.. bersbrlah
4. kami semua akan terus support dato… dato merupakan salah seorang idola saya utk saya terus berjaya, semua yg berlaku ni ada hikmah dato. Tu tanda Allah sygkan kita.
5. Nampak tak keberkesanan gst..peniaga xleh lari dr cukai.qu cilok qu cilok barulah kaya wakakakka
6. Kami semua tahu dato terlebih mampu dan boleh jer bayar cukai GST tp mesti dato fikir apa mereka buat ngan duit tu melainkan ada kebaikan pada kita semua, saya rasa dato mesti tak kisah. Kita semua terbeban dengan GST… We support dato. Kami semua support pernigaan org melayu selamat dan doakan berjalan lancar. Amin. Please fight for it.
7. asal untie menipu nie? gst yg org byr untie tak byr pada goverment? tak baik tau buat macam tue.. dosa… duit tue dri duit customer yg byr gst tp untie tk byr pada goverment.. kan dah kena.. tk baik aniaya org.. smua org benci gst tp tk baik untie songlap duit gst
8. Klu tau cmnie..baik xyah taja bola sepak tu..bazir wang aje..byr gst terus spaye xdpt tindakan drpd pihak kerajaan..be strong semoga dipermudahkn urusan datuk ameen
9. be strong dato…sbb dato byk berbuat baik pada manusia..insyallah ganjaran.ade hikmah nye..membuka mata semua pihak.