Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang tidak dibenarkan masuk kelas di sebuah sekolah di Cheras kerana beliau bukan Melayu.
Bagaimana pun pihak sekolah tersebut telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut dengan mereka tidak menghalang pelajar bukan Melayu atau Islam mengenakan baju kurung ke sekolah tetapi mestilah kena dengan caranya iaitu memakai pakaian dalam untuk mengelakkan terlihat perkara yang tidak diingin ni.
Hari ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.
Kalau dengan pemakaian pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.
Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.
Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.
Pelajar di halau dari sekolah kerana berbaju ketat!
Ish! Zaman aku sekolah dulu, takde pun baju jenis gini. Waktu aku dulu, isu pelajar perempuan cuma pakai baju jarang. Zaman sekarang, uish! Ketat sungguh. Cuba tengok gambar kat bawah ni:
Memang ada logiknya pelajar ini tidak dibenarkan berada di dalam sekolah. Jangan cakap cikgu, tukang kebun, jaga sekolah, sapa-sapa jelah yang berada kat sekolah pun boleh jadi tak tentu arah kalau pandang. Kan?
Tapi kalau nak di isukan pelajar berbaju ketat ke sekolah, perlu juga di isukan guru yang berbaju ketat kan?
Ada sekejap kecoh isu pelajar hantar mesej lucah pada guru. Mesti ada sebab kenapa pelajar tersebut berani hantar mesej macam tu.
Pakaian guru pun kadang-kadang tidak sesuai di pakai ke sekolah, tapi tak dengar pula guru yang kena halau balik. Isu ni, memang dari dulu ada. Zaman aku sekolah dulu pun dah ada. Cikgu ke sekolah pakai baju kebaya! Hish! Kebaya wokies. Ketat sungguh.
Dalam isu ni, siapa yang patut di persalahkan? Boleh jadi juga, ia boleh menjadi penyebab kepada masalah sosial yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekarang.
Sumber: rayakayaraya