Korang Tahu Tak Apa Sebenarnya Fungsi Tali Kecil Belakang Kemeja Ni?



Pernah tak anda terfikir apa sebenarnya fungsi tali kecil yang terdapat di belakang kemeja ? Ada yang beranggapan tali kecil tersebut sebenarnya sekadar hiasan tetapi sebenarnya TIDAK.

Tali di belakang kemeja sebenarnya memiliki peranan penting walaupun tidak diketahui ramai.

Terciptanya tali kecil itu kerana pada era 60 - an, penyangkut pakaian masih belum dicipta lagi dan disebabkan itulah terciptanya tali kecil di bahagian belakang untung menggantungkan kemeja dan  dikenali sebagai Locker Loop.



Namun, seiring dengan perkembangan zaman, ramai yang lebih suka gunakan penyangkut baju dan fungsi tali tersebut semakin dilupakan.