[VIDEO] Lagi Kini IraKaza kembali menari gelek ghairah.. Kali ini tanpa seluar


Selepas ‘menggemparkan’ laman sosial internet dengan video gelek ghairahnya, IraKaza yang merupakan anak kepada pelakon drama popular tahun 90an muncul pula dengan video terbarunya..
Video yang berdurasi 28 saat itu dikesan dimuatnaik semalam dan mula tersebar di laman sembang whatsapp dan juga laman perkongsian sosial wechat.

Jika didalam video sebelum ini IraKaza mengenakan seluar legging dan berbaju ketat, kali ini dia tampil menari tanpa seluar dan hanya memakai baju labuh seakan-akan baju tidur.

Pelakon Kazar dalam responnya mengenai video pertama dahulu, menyifatkan sebagai ia perlakuan biasa bagi seorang remaja yang meningkat dewasa. Beliau juga menasihati anaknya agar tahu batas dan berharap anaknya tidak bertindak keterlaluan.

Masyarakat bagaimanapun mengecam perlakuan anak perempuan pelakon berkenaan yang dikatakan tak seiring dengan budaya masyarakat timur yang penuh adap sopan. Dan Netizen pula bertindak menyalahkan ibubapa IraKaza yang disifatkan kurang mendidik anak.

Ada juga pelayar maya yang mendakwa perbuatan IraKaza itu hanyalah semata-mata mahu mencari populariti murahan untuk melonjakkan namanya agar dikenali ramai.

“Membuat video kontroversi sebegini adalah langkah mula bagi anak pelakon tersebut untuk mencari peluang menyelit ke dalam industri hiburan saja..” kata Miss A dalam satu ruang sembang.

Apapun persepsi yang dibuat oleh orang ramai, ternyata kini IraKaza berjaya “mencipta nama” selaku antara “selebriti popular” didalam carian internet.