Gempar..!!! Harini Putrajaya Hanya Percaya Kepada Viral


Putrajaya: Hanya kerana percaya kepada viral Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganjurkan program pemberian warganegara kepada pemastautin tetap, jabatan berkenaan diserbu lebih 3,000 individu yang ingin mengemukakan permohonan.




Pegawai Perhubungan Awam JPN Fara Maya Ahmad Jelani ketika dihubungi berkata, orang ramai mula hadir ke jabatan berkenaan sejak Isnin lalu kerana program berkenaan didakwa dilaksanakan sepanjang minggu ini.

"Bagaimanapun, lebih 3,000 hadir ke JPN sejak sebelum Subuh tadi untuk mengemukakan permohonan menyebabkan jabatan mengalami kesesakan luar biasa.

"Berikutan itu, kami terpaksa membenarkan mereka naik ke kaunter permohonan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk,"katanya.

Fara Maya berkata, pihaknya sudah memaklumkan viral berkenaan tidak benar, tetapi orang ramai tidak berganjak dan masih ingin membuat permohonan.

Sehubungan itu, katanya JPN tetap akan menerima permohonan menukar kad pengenalan dan permohonan warganegara seperti biasa di mana-mana pejabat JPN.

"Namun, ingin ditegaskan JPN tidak menjalankan sebarang program pemberian warganegara kepada orang yang tidak layak dan diluar Perlembagaan Malaysia," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 10:19 AM