Mayat Gadis dalam sungai di Padang Pusing Dalam Keadaan Menyayat Hati


PENDANG: Mayat seorang wanita ditemui dalam sungai berhampiran Kampung Kuala Rimau, dekat Padang Pusing di sini, petang tadi.

Mayat mangsa yang berambut paras bahu dan berbaju hijau itu ditemui jam 4 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu jam 4.20 petang, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di tempat kejadian, kami menemui mayat wanita berusia lingkungan 20-an di sungai terbabit yang mempunyai kedalaman kira-kira 1.5 meter.

"Hasil pemeriksaan, kita percaya wanita itu warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, ...kita juga tidak menemui sebarang kesan cedera pada mayat sebelum ia dihantar ke Bilik Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk bedah siasat," katanya.