Rakaman video seks peribadi babitkan pembangkang tersebar


JAKARTA: Rakaman video seks yang didakwa membabitkan dua ahli politik parti pembangkang Indonesia, Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) sudah disebarkan dalam online, kata laporan semalam.

Ia didakwa membabitkan dua ahli politik termasuk seorang ahli politik kanan lelaki dan seorang rakan sekerja wanita muda yang masing-masing sudah berkahwin.

Laman web itu yang dihoskan kilikitik.net sudah disekat, kemungkinan besar oleh kerajaan. Wanita dalam video grafik itu dilaporkan mempunyai hubungan politik yang kuat.

Pasangan lelaki yang dikenali sebagai AB oleh akhbar Jakarta Globe dilapor menafikan pertuduhan dan memberitahu media tempatan yang dakwaan itu tidak benar.

Ahli politik lain dari parti yang turut dikenali sebagai PDI-P, enggan memberikan komen terhadap tuduhan itu.